About

create your own banner at mybannermaker.com!

Pages

Saturday, February 26, 2011

Semai Anak Benih Kacang Botol, Betik dan Cili Padi_Part 1

Sabtu, 19/02/2010, saya mula menjalankan projek terbaru saya, menyemai anak benih kacang botol, cili padi dan betik (cara saya hehe...)

Saya menyemai anak benih cili padi lanjutan daripada hasil yang sangat baik daripada induknya. Induknya saya perolehi secara percuma semasa berkunjung ke Sungai Buloh untuk membeli rumput mutiara (RM1.80 masa tu).

Pokok induk cili padi
 
Betik merupakan cubaan kedua saya selepas cubaan pertama saya gagal apabila anak pokok betik mati setelah ia tidak disiram selama 4 hari (masa raya cina) sedih rasanya huhuhu. Dan kacang botol merupakan projek sebenar saya pada kali ini.
  
Untuk anak benih cili padi dan kacang botol, saya menggunakan semula tanah dalam plastik polibeg yang telah digunakan. Keluarkan dan gemburkan semula tanah tersebut sebelum dimasukkan ke dalam pasu plastik (pasu BABAS).

Anak benih kacang botol saya perolehi dari rumah orang tua. Ambil benihnya dari kacang botol yang sudah kering.Tanam anak benih kacang botol dalam 1cm dalam tanah, setiap lubang 2 biji secara bersebelahan. Untuk anak benih cili pula saya ambil dari pokok induk. Tanam kurang daripada 1cm secara menabur benih dan tabur tanah atasnya.

Benih kacang botol (rendam satu minggu)


Anak benih betik pula saya ambil dari betik yang kami makan sebelum ini. Tips: untuk menentukan benih itu jantan atau betina, rendam anak benih didalam air. Jika ia timbul betina, jika tenggelam ia jantan. So, ambil yang tenggelam. Kalau yang timbul, nanti tiada buah yang dihasilkan, hanya bunga. Cara semai sama macam semai kacang botol tapi saya menggunakan tanah tesco (tanah lebih tanam semula kaktus).

Benih Betik

Tanah TESCO

Benih betik dah ditanam dalam pasu mini nie.
 
Setelah semua anak benih ditanam, saya taburkan sedikit baja organik (baja tahi ayam) dan siram. Akhir sekali susun di tempat yang redup. Tunggu Part 2 lak.... salam.

Baja Organik

Tempat redup

1 comment:

  1. As salam boleh tanya. Kalau benih yang tenggelam, dikatakan benih jantan. Jadi kenapa perlu pilih benih yang tenggelam

    ReplyDelete