About

create your own banner at mybannermaker.com!

Pages

Sunday, March 20, 2011

Semai Anak Benih Kacang Botol, Betik dan Cili Padi_Part 3

Sabtu, 05/03/2011 cukup 2 minggu usia benih yang ditanam. Hasilnya seperti dibawah:



pokok kacang sudah mula melilit tali pada minggu kedua
Ada anak pokok kacang lain yang mula bercambah

Anak pokok cili lebih jelas kelihatan pada minggu kedua
 Yang sedihnya benih betik tidak menjadi pada kali ini, mungkin tanah "segera" tidak sesuai. Kita cuba tanam yang lain pula nanti k. Salam

Saturday, March 5, 2011

Semai Anak Benih Kacang Botol, Betik dan Cili Padi_Part 2

Sabtu, 26/02/2011 cukup seminggu usia benih yang ditanam. Hasilnya seperti dibawah:




Nie anak pokok kacang panjang yang berusia seminggu



Nie anak pokok cili yang berusia seminggu. (Halus sangat, x nampak sangat)


 Anak pokok betik masih tak muncul selepas seminggu

Mungkin tanah segera nie tak sesuai, kene pakai tanah sebenar gak. Kita lihat nanti perkembangan anak pokok ini pada minggu berikutnya. salam

Saturday, February 26, 2011

Semai Anak Benih Kacang Botol, Betik dan Cili Padi_Part 1

Sabtu, 19/02/2010, saya mula menjalankan projek terbaru saya, menyemai anak benih kacang botol, cili padi dan betik (cara saya hehe...)

Saya menyemai anak benih cili padi lanjutan daripada hasil yang sangat baik daripada induknya. Induknya saya perolehi secara percuma semasa berkunjung ke Sungai Buloh untuk membeli rumput mutiara (RM1.80 masa tu).

Pokok induk cili padi
 
Betik merupakan cubaan kedua saya selepas cubaan pertama saya gagal apabila anak pokok betik mati setelah ia tidak disiram selama 4 hari (masa raya cina) sedih rasanya huhuhu. Dan kacang botol merupakan projek sebenar saya pada kali ini.
  
Untuk anak benih cili padi dan kacang botol, saya menggunakan semula tanah dalam plastik polibeg yang telah digunakan. Keluarkan dan gemburkan semula tanah tersebut sebelum dimasukkan ke dalam pasu plastik (pasu BABAS).

Anak benih kacang botol saya perolehi dari rumah orang tua. Ambil benihnya dari kacang botol yang sudah kering.Tanam anak benih kacang botol dalam 1cm dalam tanah, setiap lubang 2 biji secara bersebelahan. Untuk anak benih cili pula saya ambil dari pokok induk. Tanam kurang daripada 1cm secara menabur benih dan tabur tanah atasnya.

Benih kacang botol (rendam satu minggu)


Anak benih betik pula saya ambil dari betik yang kami makan sebelum ini. Tips: untuk menentukan benih itu jantan atau betina, rendam anak benih didalam air. Jika ia timbul betina, jika tenggelam ia jantan. So, ambil yang tenggelam. Kalau yang timbul, nanti tiada buah yang dihasilkan, hanya bunga. Cara semai sama macam semai kacang botol tapi saya menggunakan tanah tesco (tanah lebih tanam semula kaktus).

Benih Betik

Tanah TESCO

Benih betik dah ditanam dalam pasu mini nie.
 
Setelah semua anak benih ditanam, saya taburkan sedikit baja organik (baja tahi ayam) dan siram. Akhir sekali susun di tempat yang redup. Tunggu Part 2 lak.... salam.

Baja Organik

Tempat redup

Sunday, January 30, 2011

Pangkin Homemade Part 2

Kali ini saya paparkan step by step finishing pangkin yang saya buat.


touch-up sikit sebelum buat finishing.... (xperasan anak ade kat depan hehe...)... yang nie saya nak kuatkan kaki pangkin supaya tidak goyah....lebih elok gunakan kertas pasir untuk melicinkan lantai pangkin supaya lebih cantik dan kemas....


Proses-proses finishing pun bermula.... untuk lantai pangkin saya gunakan warna coklat cair dan kali pangkin dan sekelilingnya saya guna warna putih. Pastikan guna kan cat minyak ek.... (sume cat nie lebihan buat rumah... ade gak gunanya)... kalo nak jimat campurkan sikit thinner....






 (Tips: Gunakan kertas pasir untuk melicinkan lantai pangkin supaya lebih cantik dan kemas....)




Dan ini adalah hasilnya....


Pandangan dari tepi....


Pandangan dari atas depan...


Pandangan dari atas belakang.... I'm so proud of it hehe.... salam.

Friday, January 21, 2011

Philips Home Theater

Dinner tahun 2009 merupakan dinner paling bermakna bagi aku..... aku dapat 1st prize dalam lucky draw. Aku dapat nih hehehe.... Hari bertuah aku hehe....


Dari hari tu sampailah Mei 2010 barulah aku pasang LCD dan Home Theater pada Julai 2010. Lambat pasang sebab tunggu rumah aku siap renovate.

Nie kotak die...


Woofer...

Speaker...

Complete Home Theater

With the tower speaker hehehe...

 Alhamdulillah... dapat gak aku merasa ada Home Theater sendiri. Xdelah susah mana nak pasang sistem nie. Tak macam  dulu2, nie kita pasang ikut soket yang warna nya sama je.... Plug and play....salam